Wednesday 19 November 2014. 12:00am

INTRADE PAMERAN GAYA HIDUP TERUNGGUL

20141119_N60_SNH_NA_20_FC_INTRADE~PAMERAN~GAYA~HIDUP~TERUNGGUL

 

 

INTRADE PAMERAN GAYA HIDUP TERUNGGUL

Dalam era kehidupan yang serba moden ini, produk-produk dan perkhidmatan gaya hidup semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna. Industri gaya hidup juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui aktiviti eksport. Malaysa merupakan sebuah negara yang bukan sahaja penuh dengan pelbagai jenis bekalan bahan mentah, malah kaya dengan bakat seni pereka muda yang kreatif dan inovatif serta teknologi pembuatan yang canggih dan moden.  Fenomena ini mendorong kepada perkembangan pesat sektcff produk gaya hidup yang mendapat perhatian sehingga ke peringkat antarabangsa. Sdaras dengan itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangann Luar Malaysia (MATRADE) telah menganjurkan pameran INTRADE 2014 edisi ke-8 yang telah berlangsung pada 20-22 Oktober 2014. Objektif pameran ini adalah untuk meningkatkan rangkaian perniagaan, pemadanan perniagaaa pertukaran idea dan pengetahuan di kalangan komuniti perniagaan. Pameran gaya hidup terunggul temtamanya mereka yarg berminat menceburi pasaran global INTRADE 2014 menyaksikan penyertaan 412 buah gerai dari 25 negara yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti kategori berikut:

1) Fesyen dan tekstil

2) Aksesori, kasut dan barang kemas

3) Kosmetik dan barangan peribadi

4) Hadiah, cenderahati dan alat tulis

5) Produk dan perkhidmatan rumah dan hiasan dalaman

Pameran ini telah menonjolkan pelbagai produk dari sektor gaya hidup seperti barang kemas (Habib Jewels), kasut (Nelissa Hilman), kosmetik, produk penjagaan diri dan spa (Grace Cosmetics & Tanamera), barangan rumah (Peasonic, Ogawa), barangan sukan (Hypergear) dan pelbagai produk lain. Pameran ini turut disertai oleh pereka-pereka muda yang berbakat dari Malaysia seperti Melinda Looi, Bill Keith, Radzuan Radziwill, Joe Chia, Asha Karim dan turut disertai oleh pereka-pereka fesyen antarabangsa yang lain.

Minggu Fesyen Malaysia (MFW)

Buat julung kali penganjuran Minggu Fesyen Malaysia (Malaysia Fashion Week – MFW) telah dilaksanakan sempena pameran antarabangsa INTRADE. la mempakan suatu usahasama di antara sektor kerajaan dan swasta, di mana MATRADE dan SIYLO International telah bergabung bagi menjayakan MFW. Acara perdagangan fesyen ini berlangsung serentak bersama INTRADE 2014, iaitu dari 20-22 Oktober, dan ianya menjadi hos kepada 3 acara B2B (Business-to-Business) – iaitu FACIT@INTRADE (Fesyen, Seni, Kosmetik, Hiasan Dalaman dan Tekstil), Pameran Fesyen Malaysia (Malaysian Fashion Showcase – MFS), dan Minggu Fesyen Asia Mercedes-Benz STYLO (MBSAFW). Antara program-program yang telah dianjurkan semasa Pameran INTRADE dan Minggu Fesyen Malaysia adalah seperti berikut:

Pertemuan Perdagangan

Sebanyak 1,449 pertemuan perdagangan telah diadakan kepada 126 pembeli luar dari 32 buah negara bersama syarikat pempamer duti pengeksport Malaysia. Pembeli antarabangsa yang terkemuka menghadiri pertemuan perdagangan tersebut adalah dari Jepun (Takashimaya), Singapura (Isetan), Singapura (CK Tang), Indonesia (Galaries Lafeiyette), Indonesia INTRADE membuka peluang kepada syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa. (Metro) dan Filipina (SM Globe). Produk yang mendapat permintaan yang tinggi semasa pertemuan pmiagangan adalah fesyen, kosmetik, barangan peribadi, produk rumah serta Wasan dalaman.

Pertunjukan Fesyen

Sebanyak 26 pereka muda dari Malaysia telah mengambil bahagian pada pameran INTRADE dan 12 daripadanya telah terpilih untuk menyertai pertunjukkan fesyea Koleksi fesyen yang. diperagakan telah beiiaya menarik minat pembeli luar untuk bekerjasama di dalam menyediakan fesyen pakaian untuk kedai-kedai runcit terkemuka dan membekalkan pakaian di bawah label mereka sendiri. Secara keseluruhan Pameran INTRADE 2014 dan Minggu Fesyen Malaysia telah berjaya menjadi sebuah platform yang dinamik dan unik khusus kepada para ahli perniagaan dari sektor gaya hidup yang ini mengembangkan perniagaan masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa. INTRADE 2014 & Minggu Fesyen Malaysia telah berlaya memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk berhubung terus dengan pembeli berpotensi dari setiap pelosok dunia tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Melalui pameran INTRADE ini juga, syarikat-syarikat Malaysia berpeluang menembusi pasaran global seperti ke Kanada, India, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan dan Jepun.